SEPAK RAGA
Sepak raga merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan. Ia telah wujud sejak 600 tahun dahulu pada Zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15 M. Ia bertujuan untuk menguji kecekapan permain untuk menyepak, menanduk, mendada atau melutut bola raga dan menghalangnya daripada jatuh ke tanah.
Pada masa ini sepak raga dimainkan apabila ketiadaan jaring. Sepak raga dimainkan dalam bulatan, manakala sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, menggunakan gelanggang seperti dalam permainan badminton. Sepak raga juga telah digantikan dengan bola lain sekiranya ketiadaan bola takraw, dikenali sebagai menimang bola dalam bulatan. |
KONDA KONDI
Permainan ini dimainkan dengan cara memukul kayu kecil dan pendek dengan kayu panjang. Mata dikira berdasarkan berapa jauh kayu pendek berjaya dipukul. Jarak tersebut diukur dengan kayu panjang. Pasukan yang berjaya memperoleh mata yang telah ditetapkan terlebih dahulu berbanding dengan pasukan lain dikira sebagai pemenang.
|