Tarian Mak inangTarian Inang merupakan versi moden bagi tarian tradisional rakyat iaitu Tarian Mak Inang.Tarian Mak Inang atau juga dikenali sebagai Tarian Si Kembang Cina merupakan sejenis tarian Melayu traditional.Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, tarian mak inang sangat popular ditarikan pada hari-hari kerja kahwin tetapi kini ditarikan majlis-majlis sosial dan juga dipersembahkan di majlis-majlis sosial. Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana, biola dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni.
|
Tarian GamelanTarian Gamelan merupakan salah satu tarian Melayu klassik. Tarian klasik ini mula di direkodkan dipersembahkan di Istana di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17. Ia mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan, Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang.Ia mula di perkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu.
Menurut Tengku Mariam, pada asalnya repositori tarian ini terdiri daripada 77 jenis Gamelan. Tetapi pada hari ini hanya tinggal 33 jenis sahaja lagi kesan daripada ketiadaan tenaga pengajar jenis tarian itu lagi. Antara 33 jenis tarian yang masih tinggal itu adalah seperti Timang Burung, Ayak-ayak, Lambang Sari, Ketam Renjung, Geliung, Lantai Lima, Kending Gajah, Togok Rompin, Kunang-kunang Mabuk, Galuk Merajuk, Silatin, Lolo dan Monab. Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka. Unsur Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian Melayu. |
Tarian InaiTarian Inai atau Terinai merupakan sejenis tarian tradisional. Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesar-pembesar istana. Ia dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa mereka hendak dikhatankan dan duduk di atas pelamin.
Tarian Inai ini popular di Perlis, utara Kedah dan Kelantan. tarian ini jarang dipersembahkan berbanding tarian istana yang lain. Ini disebabkan ia dikhususkan bagi peristiwa tertentu seperti perkahwinan, berkhatan dan pertabalan diraja. Tarian ini mempunyai adat istiadat dan memiliki pergerakan jari dan tangan yang rumit dalam pergerakan tari bulatan yang berterusan. Ia mempunyai gabungan pergerakan tarian yang terdapat dalam mak Yong, Silat dan kedudukan akrobatik yang dikenali meliuk dalam mana penari membongkokkan badan kebelakang sementara berdiri dengan muka memandang ke lantai. Pada masa yang lalu, tarian ini dipersembahkan oleh dua orang lelaki. |