TAPAK ARKEOLOGI LEMBAH LENGGONG , PERAKLenggong terletak 100 kilometer dari utara Ipoh. Bandar ini juga berhampiran dengan Gerik, Empangan Temenggor, Lawin, Kota Tampan dan Banding.
Tapak arkelogi ini menjadi bukti wujudnya manusia sejak zaman Paleolitik (kira-kira 50 ribu hingga 100 ribu tahun dahulu ). Tapak berkenaan termasuklah Kota Tampan, Bukit Jawa di Kampung Gelok dan Kampung Temelong. Penemuan arkeologi yang paling terkenal di Lenggong ialah Perak Man, iaitu rangka manusia yang berusia 11 ribu tahun yang ditemui pada tahun 1990. Turut ditemui ialah peralatan batu berusia 100 ribu tahun. Penemuan kapak genggam pada tahun 2009 membuktikan kawasan itu merupakan satu-satunya tapak manusia Paleolitik yang berfungsi sebagai bengkel membuat alat batu. Di samping itu, terdapat beberapa bukti lain yang turut dijumpai di sekitar Kota Tampan dan Gua Teluk Kelawar seperti tembikar, peralatan gangsa dan sebagainya. |
TAMAN KINABALU , SABAH
Ia merupakan kawasan pintu masuk ke Gunung Kinabalu yang berada pada ketinggian 1,585 meter di atas permukaan laut dan titik awal jalur puncak menuju puncak Gunung Kinabalu setinggi 4,095 meter.
Taman ini meliputi kawasan keluasan 745 kilometer persegi membabitkan Gunung Kinabalu , Gunung Tambayukon dan kaki bukit. Ia memiliki sejarah geologi yang menarik dan dipercayai terbentuk sejak satu juta tahun lalu. Kepelbagaian bio di taman ini menyebabkan ia diwartakan sebagai taman negara pada tahun 1964. Dianggarkan Taman Kinabalu mempunyai antara 5,000 hingga 6,000 spesies tumbuhan berbunga, 621 spesies paku-pakis dan lebih 1,000 spesies orkid sekali gus menjadikan ia terkenal dalam kalangan penyelidik dari seluruh dunia. Keunikan dan kepelbagaian yang ditawarkan menyebabkan ia turut diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada Disember tahun 2000. |
TAMAN NEGARA GUNUNG MULU , SARAWAK
|